Monday, December 29, 2008

"HIDUP INI PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS"

Hanya tinggal lebih kurang 3 minggu lagi peperiksaan akan berlangsung.Peperiksaan yang bagi mujahidah itu sangat penting,bukan sekadar mengukur pencapaiannya dalam akademik,bahkan juga mungkin mencorakkan gerak kerjanya sebagai ahli sebuah gerakan.Bukan bermakna akademik nombor satu gerak kerja nombor dua,bukan..Tapi kalau bukan rezekinya dalam peperiksaan ini,bermakna dia perlu tumpukan dahulu dalam pelajaran dan tidak dapat bergerak kerja seperti sebelum ini.Jadi dia perlu mengatur strategi sehabis baik untuk membolehkan gerak kerjanya akan datang tidak terganggu.Yang jelas,dia berazam mahu Islam itu dipandang tinggi,termasuk dalam akademik.Dia mahu jadi ahli yang sukses dalam kedua-duanya,gerak kerja jemaah dan akademik. Bagi mujahidah itu,segala persediaan sudah diatur,jadual dirinya untuk menghadapi minggu-minggu akan datang disusun sehabis baik,cuma tinggal perlaksanaanya sahaja,insyaallah.Mujahidah itu teringat kembali nasihat salah seorang gurunya yang masih dipegang hingga hari ini,”if you fail to plan,you plan to fail”.

Petang itu,sedang asyik berbincang subjek Mikrobiology bersama teman study-groupnya,telefon bimbit mujahidah itu melantunkan irama nasyid Destinasi Cinta dendangan kumpulan Mestika.Ada panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.Rupanya daripada seorang kakak,bertanyakan persetujuannya menerima taklifan dalam satu organisasi untuk satu kem.Hati mujahidah itu berkira-kira.Taklifan itu berat baginya,bukan sahaja kerana dia sendiri tidak pernah menerima taklifan seperti itu,bahkan juga kerana taklifan itu datang pada waktu dirinya memutuskan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada peperiksaan yang bakal menjelang.”Oh Tuhan,tolonglah diriku”,getus hatinya.Tiba-tiba dia teringatkan luahan seorang pemimpin yang dihormatinya betapa lambatnya gerak kerja Islam sekarang kerana ahli yang menolak kerja dan jawatan.Nah,dirinya benar-benar dalam dilema!Lalu ditekadkan hati untuk memerima sahaja walaupun masih tersisa ragu-ragu.

Masa berganti masa,hari bersilih hari.Rupanya hidup ini tak semudah yang disangka.Namun segala mehnah dan tribulasi itu harus ditempuh kerana ada tarbiyyah dari ALLAH pada setiap yang berlaku.Alhamdulillah,mujur ada sahabat yang sudi membantu.Namun kadang-kadang mujahidah itu paksakan dirinya menjadi tegas.Tidak semua orang memahami.Semasa minggu ulangkaji,waktunya untuk berlajar seperti yang telah dijadualkan digunakan sepenuhnya.Waktu malam tatkala mata mula layu dek kepenatan,masa tersebut digunakan mujahidah itu menyudahkan kerja dengan taklifan yang telah diterima tempoh hari.Kadang kala jiwanya melatunkan kepenatan.Namun digagahkan juga hatinya.Pada tika ini,betapa mujahidah itu pergantungan sepenuhnya kepada Yang Maha Esa.Kalamullah menjadi pengubat hati dan pembangkit semngat juang seorang mujahidah.Bagaikan tanaman layu disiram air,begitulah sejuknya hati mujahidah itu tatakala butir-butir ayat dari kitab suci Al-Quran ditadabburnya.Terasa betapa ALLAH itu sangat dekat dengannya.Oh,alangkah rindunya mujahidah itu saat-saat ini.

“Dan berjihadlah kamu di jalan ALLAH dengan jihad sebenar-benarnya.Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama.(Ikutilah)agama nenek moyangmu Ibrahim.Dia(ALLAH)telah menamakan kamu orang-orang muslim sejak dahulu,dan (begitu pula) dalam (al-Quran) ini,agar Rasul(Muhammad) itu menjadi saksi atas segenap manusia.Maka laksanakanlah salat dan tunailah zakat,dan berpegang teguhlah kepada ALLAH.Dialah Pelindungmu;Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong”(AL-HAJJ:78)

Kini,hampir sebulan sudah belalu.Alhamdulillah,peperiksaan telah ditempuh,program yang dirancang juga sudah berakhir.Namun,kesan tarbiyyah ALLAH pada diri mujahidah itu masih terasa.Alhamdulillah sekali lagi,kerana mujahidah itu lulus dalam peperiksaannya.Mungkin tidak secemerlang sekelompok pelajar hebat yang lain,namun hanya pelajar yang pernah atau sedang belajar dalam kursusnya mengerti betapa nikmat lulus itu sesuatu yang wajib betul-betul disyukuri kerana bukan sedikit yang terkandas.Terasa dirinya sangat beruntung,namun terselit rasa gusar dek amanah yang turut terselit bersama nikmat ini.Namun,dirinya tegar,semoga bermula langkah ini,mujahidah itu terus berjuang menegakkan kalimah Lailahaillallah di muka bumi ini,walau bukan murah mahar yang terpaksa dibayar,walau bukan sedikit onak dan duri mesti ditempuh.

”Sesungguhnya ALLAH telah memebeli daripada orang-orang mu`min itu,diri dan harta mereka dengan memeberikan syurga untuk mereka.Mereka berperang pada jalan ALLAH lalu mereka membunuh atau terbunuh.”Semoga diri mujahidah itu terus istiqamah…

Coretan rasa dr MBBS 07/12, 29 dec 2008

Sunday, December 28, 2008

BICARA SEORANG HAMBA



Dalam keheningan malam
Hati mula berbicara
Melantunkan suara keinsafan
Melagukan bisikan rindu
Lemas dalam damba kasihMu Yang Maha Esa

Tatkala jiwa koreksi diri ini kembali
Ternyata terasa betapa futurnya hati ini
Noda-noda yang terpalit
Seakan menjauhkan diriku dariMu
Ku sering lalai
Acapkali diri ini terleka
Namun
Kau usik hati ini dengan kasihMu
Kau bangunkan kembali lenaku


Oh Tuhan
Ampunkan hambaMu yang lemah ini
Tatkala terasa payah dan gundah
Ku menghadap memohon redhaMu
Tatkala Kau uji dengan kelapangan
Seringkali diriku tersungkur kealpaan

Kini ku sedari
Segalanya adalah ujian dariMu
Untuk Kau uji siapakah yang taat di antara kami
Bantulah kami Ya Allah
Tetapkanlah kami dalam agamaMu
Teguhkanlah iman kami
Mantapkanlah aqidah di hati kami
Tingkatkanlah amalan kami
Istiqamahkanlah kami dalam menegakkan panji2 agamaMu
Ameen ya rabbal `alameen