Monday, June 22, 2009

Melentur Buluh Biarlah Daripada REBUNGnya

"Siapa boleh bagi tahu akak tentang Islam Hadhari?" saya cuba melontarkan persoalan.

Senyap, tiada jawapan...

"Aik, takkan tak pernah dengar, dah besar-besar kan semua, mesti ada terbaca kat mana-mana."

"Hm... Islam Hadhari tu Islam yang ikut peredaran zaman. Macam moden sikit," Khadijah mula mencuba.

"Eh, tapi bukan ke adik-adik belajar salah satu ciri Islam tu adalah waqi`iyah, sesuai ikut semua peredaran masa. Kalau macam Khadijah cakap tadi, maksudnya Islam tu kena update lah ya?" saya cuba memprovok pula.

"Bukan macam tu akak. Entahlah, saya pun tak faham sangat. Tahu dari TV dan surat khabar je," Izzati pula menambah.

"OK, tak mengapa. Nanti akak terangkan. Sebelum tu akak nak tanya, siapa di kalangan adik-adik pernah dengar tentang Sisters in Islam atau SIS?"

"Apa akak? Tak pernah dengar pun," Emira mencelah.

"Ha, saya pernah dengar tapi ni macam politik sikit lah. Yang saya dengar baru-baru ni PAS nak sekat SIS. SIS ni macam satu persatuan yang anggotanya perempuan, tak ada lelaki," Khadijah cuba menjawab buat kali kedua.

"Pelik..." bisik saya sendirian.


Selepas tiadanya respon-respon yang saya jangkakan mungkin `hangat` dengan isu-isu ini, bermulalah sesi penerangan ringkas kepada adik-adik yang saya kenal sewaktu menjadi fasilitator kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 sebuah sekolah agama yang bukan sembarangan sekolah saya kira (namun tak perlulah saya sertakan namanya).

Sebagai penutup kalimah, saya sempat berpesan, " Walaupun adik-adik masih pelajar, jangan ketepikan isu-isu semasa yang berlaku. Walaupun tak banyak, akak harap sangat adik-adik ambil tahu sedikit dengan perkembangan dunia luar. Jangan terkongkong dengan lingkungan adik-adik sahaja. Insyaallah adik-adik akan menjadi pelajar cemerlang dunia dan akhirat."

Banyak yang saya dapat belajar walaupun ini baru kali kedua saya menyertai program bersama adik-adik seperti ini. Bagi saya, mereka yang berpeluang mendapat tarbiyyah atau didikan agama secara langsung dan mendalam amat beruntung. Namun apabila meninggalkan alam persekolahan, berapa ramai yang betul-betul istiqamah dan mampu menyumbang pula kepada Islam dalam bidang masing-masing.

Mengapa?

Pada pandangan saya, hal ini mungkin kerana sistem pendidikan yang lebih bersifat teoretikal dan kurang dari aspek praktikaliti. Tidak kisah dalam bidang atau pengkhususan apa pun, latihan yang menjurus kepada praktikal amat penting bagi memastikan kesinambungan cemerlang pada masa hadapan.

Bagi saya, tidak salah andai kata masa depan seorang kanak-kanak dicorakkan sejak dari kecil lagi. Bermula dengan asas agama yang kukuh, seorang kanak-kanak dapat dicorakkan mengikut kecenderungan masing-masing dan tenaga pakar pula disediakan secara holistik.

Misalnya, lihat sahaja jiran kita Singapura melalui National University of Singapore, merintis projek bagi melahirkan genius dalam bidang-bidang kritikal melalui pembelajaran dalam bidang sains dan teknologi secara praktikal. Para pelajar sekolah rendah dan menengah yang terpilih ditempatkan di sekolah ini supaya dapat pendedahan awal secara praktikal supaya lebih mampu berdaya saing pada masa akan datang.

Secara idealistik, saya melihat modus operandinya dengan asas didikan agama yang kukuh sebelum kanak-kanak ini didedahkan dengan perkara-perkara lain. Hal ini kerana jika diselidiki sejarah pendidikan tokoh-tokoh ilmuwan Islam yang pakar dalam banyak bidang adalah seorang hafiz serta mendalami ilmu seperti tasawuf, fekah, usuluddin dan tafsir, sejak kecil lagi. Kemudian baru mereka mendalami pula bidang-bidang lain seperti sains, matematik, astronomi, falsafah, perubatan dan lain-lain.

Hasilnya, lahirlah Ibnu Sina yang terkenal dengan Qanun fit-Tib serta bukan sahaja pakar dalam ilmu perubatan bahkan juga dalam bidang matematik, sains, geografi dan astronomi. Ibnu Rusyd yang hafiz ketika umur 12 tahun pula terkenal dalam ilmu falsafah dan turut menyumbang dalam bidang kehakiman, perubatan dan psikologi. Ibnu Khaldun pula mendapat pendidikan awal daripada bapanya di masjid Al-Qubt, Tunis dan kemudiannya menjadi tokoh terkenal dalam bidang sosiologi.

Sesuatu yang penting untuk renungan bersama, dengan kebejatan masalah pelajar-pelajar di Malaysia dan kemunduran dalam persaingan di lapangan ilmu, tidak mustahil puncanya bermula di sini.

Sebagai cetusan, saya lebih cenderung supaya pengkhususan dalam pendidikan dikhususkan sejak awal (mungkin seawal umur 10 tahun, setahun mungkin diperlukan bagi mengenalpasti kecenderungan kanak-kanak ini) supaya lebih fokus dan tidak terlalu mencapah sehingga hilang fokus yang mungkin mengakibatkan pembaziran sama ada dari segi tenaga pakar sejak awal mahupun dari segi material. Namun begitu bidang-bidang sampingan lain juga perlu disertakan tetapi tidak melampau sehingga menyebabkan hilang fokus.

Konklusinya, saya melihat aspek yang perlu diberi perhatian adalah, yang pertama, asas agama yang kukuh sejak kecil beserta penghayatan dan bukan bersifat exam oriented. Yang kedua, pengkhususan sejak awal dalam bidang mengikut kecenderungan masing-masing untuk melahirkan tenaga pakar yang lebih kehadapan dan berdaya saing.

Wednesday, June 10, 2009

LELAKI VS PEREMPUAN, MUSLIMIN VS MUSLIMAT, MARTIANS VS VENUSIANS

“Bagi saya masalah tersebut kecil je, ada masalah yang lebih utama yang kita kena selesaikan,” luah En.Y dalam satu mesyuarat bersama rakan-rakan sekerjanya.
“Tapi bagi saya selalunya perkara-perkara yang dianggap remeh ni la yang nanti akan ganggu projek kita nanti. Masalah ni mesti diselesaikan sebelum menjadi lebih parah,” Cik X pula mencelah.
*************************************************************************************
“Muslimat bila nak muslimin buat sesuatu,tolong la gunakan perkataan `TOLONG`, ini tidak,bercakap gaya macam bagi arahan,”sindir Ustaz Y dalam satu sesi muhasabah sebuah persatuan.
“Ala,takkan itu pun berkira,kami cuma mahu gerak kerja dapat dijalankan dengan cepat je,”Ustazah X mula mempertahankan diri.
*************************************************************************************
“Saya penat la,balik kerja kena basuh baju,kemas rumah,uruskan anak-anak. Awak pulak selalu balik lambat. Barang dapur kat rumah ni semua dah habis. Bil elektrik,bil air dah sebulan tertunggak sebab tak sempat saya nak bayar……… Eh,awak dengar tak saya tengah cakap ni?”luah Puan X sewaktu suaminya baru balik dari pejabat.
“Habis yang saya berdiri depan ni apa?Ish awak ni. Saya baru je balik dah nak berleter. Rimas saya macam ni,”En.Y membidas.
*************************************************************************************


Kisah di atas bukan kisah dongengan, jauh sekali kisah rekaan. Mesti ramai bersetuju dengan saya. Sudah lama saya mahu kupas isu gender ini namun saya pendamkan dulu sehingga saya sendiri mendapat hujah dan kesimpulan yang solid dalam erti kata mendalami serta memahami kedua-dua `mereka`(sekurang-kurangnya cukup untuk diri saya jadikannya satu iktibar: mungkin anda setuju,mungkin tidak,terpulanglah).

Saya mula mencari hakikat agar tidak bias kepada gender sendiri dalam hal ini. Fitrahnya,memang manusia selalu merasakan diri mereka sendiri yang paling benar. Tak percaya? Cuba perhatikan apabila seseorang memberi hujah atau komen ke atas sesuatu atau seseorang,terutama yang mempunyai pangkat dan pengaruh,sukar untuknya menerima lontaran yang bercanggah dengannya. Bermula dengan membaca komentar-komentar dalam blog,ditegur semasa meeting,pemerhatian,meminta pandangan sehinggalah saya membaca sebuah buku popular yang sudah lama diterbitkan namun kandungannya masih relevan, MEN ARE FROM MARS,WOMEN ARE FROM VENUS karya John Gray.

Mungkin ada yang memandang remeh apabila soal ini dibangkitkan. Mungkin ada juga yang berbisik BOSAN. Tapi antara sedar atau tidak, oleh sebab perbezaan Martians dan Venusian (istilah Lelaki dan Perempuan yang digunakan John Gray yang membawa analogi kedua-duanya berasal daripada 2 planet berbeza), seringkali menyebabkan masalah dan slah faham baik dalam persahabatan,pekerjaan,rumah tangga,malahan turut mempengaruhi gerak kerja dakwah serta aspek-aspek lain selagi melibatkan dua gender ini.


“Wahai manusia! Sungguh,Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan serang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh,yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui,Maha Teliti” (Al-Hujurat:13)




EGO DAN EMOSI


Pandangan saya, hampir 80% punca permasalahan dan salah faham bermula dengan dua perkataan ini, Lelaki dengan EGOnya, Perempuan dengan EMOSInya. Seringkali berlaku kaum Adam ini meminta golongan Hawa agar tidak beremosi dalam melakukan sesuatu. Tidak kurang juga kaum Hawa yang menolak mentah-mentah sifat ego dalam diri golongan Adam. Tanpa menyedari itulah fitrahnya (sifat semula jadi) Lelaki dan Perempuan,kita seringkali meletakkan salah faham dan masalah itu atas sifat golongan yang berlawanan gender dengan kita.


Misalnya,apabila Martian menolak pandangan atau teguran Venusian walaupun relevan serta Venusian yang tiba-tiba `bad mood` dan semua yang dilakukan serba tidak kena.

Baiklah,cuba kita intai pula hikmah EGO dan EMOSI ini. Atas sifat inilah sebenarnya Islam meletakkan Lelaki sebagai pemimpin atau golongan yang membuat pertimbangan serta keputusan. Manakala perempuan pula dengan kekuatan emosi itulah diberi kelebihan untuk merasai pengalaman mengandung selama 9 bulan dan menguruskan hal ehwal keluarga di rumah.


Namun,ini bukan alasan untuk Martian dan Venusian terus membiarkan EGO dan EMOSI ini sentiasa dan sepenuhnya menguasai mereka. Perlu untuk kita sama-sama koreksi diri dan mengawal sifat ini serta meletakkannya di tempat dan situasi yang sepatutnya. Maka,tidak mustahillah akan lahirnya Perempuan yang berdaya saing untuk menjadi pemimpin dan mampu mengeluarkan hujah-hujah bernas. Dan juga bukan mustahil untuk seorang Lelaki menjadi seorang yang lebih memahami,bersifat terbuka dan rasional.



MENGURUSKAN STRESS


Pabila terasa diri tertekan dek masalah yang datang bertimpa-timpa,setiap orang pasti ada cara melampiaskan stress masing-masing. Percaya atau tidak, kebanyakan Perempuan menghadapi stress dengan cara meluahkannya secara pukal dan random kepada orang yang dipercayainya dan kemudian akan merasa lega. Tetapi berbeza kepada Lelaki, mereka lebih gemar fokus kepada masalah utama dan `urgent`,mendiamkan serta memencilkan diri bagi menyelesaikannya atau melakukan sesuatu yang dapat melupakan mereka tentang masalah itu buat seketika agar boleh kembali memikirkannya secara rasional apabila sudah tenang.



Namun, wujud salah faham apabila masing-masing tidak faham sikap gender berlawanan. Apabila Mrs X berkata,”Banyak masalah di pejabat tadi, saya berasa sungguh penat dan tak sanggup hadapi hari-hari mendatang.” Maka Mr Y yang berasa dia bertanggungjawab menjernihkan keadaan berkata,”Hm…kalau begitu,awak berhentilah kerja.” Dan Mrs X pula terus berasa Mr Y tidak mahu memperdulikannya dan mendengar masalahnya lagi. Sedangkan difahami Perempuan hanya mahu seseorang menjadi tempat luahannya dan dia akan berasa sangat lega dan puas hati walaupun hanya dibalas kata-kata seperti “Hm…”,”Oh,macam tu…”,”Saya faham…” Manakala untuk Lelaki pula Perempuan disarankan supaya diam dan tidak mencadangkan penyelesaian kecuali diminta kerana EGO Lelaki akan tercabar dan mungkin berasa dirinya tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Pandangan saya pula,dalam bergerak kerja, perkara ini perlu diuruskan sehingga seminimum mungkin. Dalam menguruskan sesuatu,penting untuk meletakkan prioriti,berhujah berdasarkan fakta bukannya emosi dan sedia menerima pandangan orang lain yang mempunyai hujah bernas.



BAHASA BERBUNGA-BUNGA DAN FAKTA


Satu lagi aspek yang perlu diberi perhatian,salah faham akibat perbezaan menterjemah sesuatu.
Contohnya,ketika membentangkan kertas kerja satu projek, seorang muslimat menegur seorang muslimin yang asyik membalas SMS,”Ustaz,harap dapat dengar pembentangan saya.” Namun dibalas pula,”La,saya tengah dengar ni.Takkan tak nampak kot.”

Hakikatnya maksud muslimat tadi supaya muslimin tersebut menumpukan perhatian ke atas topik yang dibincangkan mana tahu muslimin itu menterjemah bulat-bulat pula apa yang dikatakannya.



SALING MEMAHAMI


Last but not least, always try to put yourself in other people`s shoes. Dalam memahami dan menerima berbezaan, pasti ada waima sekelumit titik persamaan.



"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

Thursday, June 4, 2009

DIE HARD 4.0 : How ISLAM can conquer The World

Dek teruja dengan satu komentar mengenai strategi Barat dalam meluaskan dan mengukuhkan `kuasa` mereka, saya menyelongkar bekas simpanan DVD ketika sempat meluangkan masa beberapa hari di rumah. Hasilnya ternyata tidak mengecewakan. Saya terjumpa dua DVD yang saya kira ‘jatuh cinta pandang pertama`. Satu filem Walt Disney bertajuk BOLT dan satu lagi filem yang berjaya membuka minda saya tentang idea “Islam will conquer the world AGAIN!!!”, DIE HARD 4.0. siri terbaru: Live Free or Die Hard yang sudah diterbitkan tahun 2007 lalu.

BOLT!!! Saya tak berminat untuk berceloteh panjang mengenai BOLT, seekor anjing yang menjadi hero dalam dunianya sendiri. Namun bila mana `terkeluar` secara tidak sengaja daripada set produksi filem ke dunia nyata yang penuh cabaran, ternyata Bolt seperti katak baru keluar daripada tempurungnya. Jika dulu semasa di set penggambaran Bolt megah dengan `kuasa` rekaan manusia, kini apabila berhadapan realiti, dia mula berasa payahnya berhadapan dunia sebenar.
Saya seolah-olah terpukul apabila mengingatkan betapa banyak aspirasi yang kadang-kadang secara tidak sengaja merasakan diri ini mampu lakukan sesuatu yang lebih dari yang lain walhal mehnah dan tribulasi yang ditempuhi mungkin sekadar picisan ataupun hanya dunia penggambaran, belumpun turun ke gelanggang sebenar.

Tetapi, membina aspirasi bagi mencapai sesuatu yang lebih baik itu suatu keperluan, jika tidak masakan Sultan Muhammad al-Fateh Berjaya menakluk Kota Constantinople, namun haruslah berpaksikan realiti sebenar.
DIE HARD 4.0 : We must have `it` for Islam to conquer The World…


Strategi demi strategi dalam perangkaan satu team diketuai bekas ejen NSA (National Security Agency),Thomas Gabriel bagi `memusnahkan` sendiri US dan segalanya bermula apabila perancangan membunuh seorang genius,Matthew Farrell yang mengetahui strategi mereka berjaya dipatahkan hero filem ini,John McClane (lakonan Bruce Wills) yang juga seorang ejen FBI. Matlamat akhir golongan antagonis dalam cerita ini adalah bagi memindahkan seluruh aset US ke dalam tangannya.

Yang menarik untuk dianalisis adalah bagaimana puak-puak antagonis ini berjaya menggondam semua sistem yang menyebabkan US huru-hara. Dengan hanya `3 steps of Fire Sale` yang mana bermula menguasai sistem komunikasi termasuk media dan perhubungan sehingga langkah terakhir menguasai semua kemudahan (get rid all system utilities) bagi membolehkan semua yang mereka rencanakan berjaya.
Persoalan demi persoalan bermain-main di benak saya.
“Jika Islam di Malaysia diperjuangkan melalui jalan politik,adakah untuk menguasai dunia juga perlu begitu?”
“Bagaimana caranya Islam dapat menguasai US? Jika kuasa besar dunia itu berjaya dikuasai, tentu sahaja itu bermakna Islam berjaya mengusai dunia ,bukankah begitu?”
“Adakah kita juga perlu melalui jalan politik,maka perlu lahirkan lebih ramai berketerampilkan Obama?”
“Atau perlu gunakan cara yang didedahkan oleh US sendiri melalui filemnya?”

Tak dapat dinafikan mereka terpaksa membayar harga kebebasan media di barat. Namun sejauh mana implementasi strategi tersebut untuk kita gunakan bagi menguasai mereka, akhirnya berbalik kepada kita sebagai umat Islam itu sendiri.
Bagaimana persediaan kita untuk mengikut rentak musuh atau lebih tepat lagi rentak realiti masa kini bagi meluaskan lagi misi dakwah kita ke seantero dunia. Sudah tentu dalam meluaskan syiar Islam peranan kita bukan setakat di ruang lingkup kita sahaja,bukan sekadar negeri juga,bukan terbatas Negara Malaysia ini matlamat kita bahkan dunia ini taruhannya.

Sekarang bukan masanya lagi kita menunggang kuda dan mengangkat senjata bagi menguasai mereka, malahan jauh daripada itu. Teknologi maklumat sangat perlu kita kuasai namun kita masih lemah dalam aspek ini. Maksud saya bukan sekadar perisian komputer,game dan animasi-animasi bahkan pengurusan sistem-sistem kemudahan berasaskan teknologi juga perlu kita perhalusi kepentingannya dan kita kuasai.

Mungkin ada yang berpendapat sedangkan Islam di Malaysia pun masih terumbang-ambing, masakan kita berfikir ke internasional. Namun bagi saya ini realiti cabarannya. Persediaan pada peringkat awal perlu diatur (walau sebenarnya kita sudah jauh ketinggalan), dengan aspirasi “Islam will conquer The World!!!.

Sinopsis

Sinopsis siri filem DIE HARD 4.0: LIVE FREE OR IE HARD yang sempat saya cedok dari internet:
Thomas Gabriel, a talented computer hacker and ex-NSA agent, along with his girlfriend Mai Linh have contacted several hackers across the United States, paying them handsomely to write segments of code. However, after each hacker has delivered the promised code, they are killed by a team of assassins sent by Mai. When Gabriel's efforts are detected by a program on the FBI computers, a nationwide roundup of all known top hackers is started. New York City police officer John McClane is assigned to bring in Matthew Farrell from Camden, New Jersey, who was writing code for Gabriel. As McClane collects Farrell, the two are attacked by Mai's assassins, but McClane is able to extract Farrell and kill most of their attackers.
McClane drives Farrell down to the
FBI headquarters in Washington D.C., where Farrell is questioned. As the transportation grid and stock market are brought down by Gabriel, Farrell believes that Gabriel is trying to run a "fire sale", to demonstrate the over reliance of the country on computer-controlled systems, by shutting down vital systems one by one. McClane and Farrell are driven by the FBI in a convoy to a secure building, but Gabriel and Mai are able to locate Farrell and divert the convoy, sending gunmen in a helicopter to kill them. At the end of the chase scene, McClane sends a police car over a tollbooth to destroy the helicopter.
As McClane and Farrell are recovering, Gabriel nationally televises a fake video of the
United States Capitol exploding, prompting the public to panic. Farrell believes that the power grid will be the next system to be attacked, and directs McClane to the power superstation in West Virginia, where they find Mai and her henchmen. McClane is able to kill all of them, including Mai. Gabriel tries to contact Mai at the power station, but reaches McClane instead. Gabriel redirects all the nearby natural gas pipelines to the station, but McClane and Farrell escape just before the station explodes, taking out the power on most of the East Coast. Farrell suggests that they contact a hacker friend of Farrell's, Warlock, to learn more about Gabriel's activities.
Warlock, who has prepared for the power outage with numerous generators, investigates the code Farrell created for Gabriel and finds it is targeted at the Social Security Administration's facility at Woodlawn, Maryland, an unlikely target. They discover that the building is actually a front for a highly secure facility used by the government. In case of a total computer systems failure (such as the attack that Gabriel executed), every critical personal and financial record across the country is sent to servers at the facility in order to create a backup. Gabriel was able to infiltrate the facility and begun downloading a copy for his own personal gain.
Gabriel detects Warlock's hack, and communicates with him, McClane, and Farrell. He tells McClane that he has his daughter Lucy as a hostage. McClane and Farrell drive to the Woodlawn facility. As McClane deals with Gabriel's forces, Farrell manages to encrypt the downloaded data to keep it from Gabriel. Gabriel and his remaining men capture Farrell as they escape, forced to keep him alive at gunpoint until he agrees to decrypt the data.
Gabriel's forces leave the facility before the FBI can arrive but McClane hijacks a truck to pursue him. Gabriel hacks into the military computers to deceive a
F-35B Lightning II pilot into believing that McClane is a terrorist, and the jet's weapons destroy the truck on a highway overpass. McClane manages to escape and tracks Gabriel to a nearby warehouse.
McClane dispatches the remainder of Gabriel's men, but Gabriel holds Lucy and Farrell hostage. McClane is wounded after Gabriel shoots him in the shoulder. He forces McClane to watch as he prepares to kill Lucy and Farrell. However, McClane pushes Gabriel's gun into his own body, forcing it to fire through his own shoulder and into Gabriel, killing him.