“Allah… Allah… Allah…,” hanya kalimah itu yang mampu dilafazkan saat contraction pain datang semakin kerap. Syukur suami tersayang setia menunggu di sisi, setiap kali sakit itu datang, tangannya digenggam erat-erat, “Sabar sayang, ingat Allah, banyakkan zikir. Insyaallah dengan setiap kesakitan Allah gugurkan dosa-dosa dan datangkan pahala.”
Tak hairanlah kalau sebelum ini semasa menunggu saat menyambut baby ketika Obstectric posting, pelbagai reaksi ibu-ibu yang sedang bertarung nyawa, ada yang menjerit, menangis dan ada juga yang cuba menahan sambil dahi berkerut-kerut. Subhnallah, tak pernah sakit seperti itu dirasakan.
Namun hati ini sentiasa berbisik, “Be strong Atikah!
Insyallah seorang mujahidah pejuang Islam akan lahir. Ummi mujahidah kena
kuat!” Alhamdulillah, berkat doa dan redha suami tersayang serta ibu ayah dan
semua yang sentiasa mendoakan, sakit yang dirasakan tidak lama berbanding
kebiasaan melahirkan anak pertama dan proses melahirkan juga dipermudahkan
Allah.
Tanggal 23 Ogos 2012 bersamaan 5 Syawal 1433Hijrah, hari
Khamis, pada jam 3.17 pagi…
“Uwek, uwek, uwek…,” kedengaran seorang bayi comel
melafazkan syukur saat dilahirkan ke bumi.
“Alhamdulillah…,” air mata syukur si ibu jatuh
mengiringi.
…dan hari ini, Alhamdulillah, cahaya mata penyejuk hati ummi
dan abi sudah 48 hari bergelar khalifah di muka bumi…
Khas buat anak ummi, Insyirah Faqehah binti Mohd Hafez…
Ahlan Wasahlan anakku sayang,
Insyirah Faqehah…
Kegembiraan dan kecerdikan…
Semoga maksud indah yang terukir disebalik nama itu
cerminan dirimu
Berkat surah al-Insyirah dalam kalamullah yang menjadi
penguat hati
“Selepas kesusahan pasti ada kesenangan…”
Moga dirimu terus tegar dalam mengharungi arus kehidupan
kelak…
Moga dirimu terus sabar menempuh ujian jalan dakwah suatu
hari nanti…
Anakku sayang,
Ingat janjimu dulu dihadapan Allah Yang Maha Esa ketika
di alam roh,
Tunaikan amanah khalifah di muka bumi yang telah
dipateri,
Bukan pangkat, harta kekayaan dan pujian manusia yang
dikejar,
Tapi redha Allah yang paling utama…
Anak solehahku sayang,
Jadikan Al-Quran sebagai panduan,
Surah Luqman yang ummi perdengarkan sejak di alam roh
dulu
Jadikan nasihat-nasihat didalamnya sebagai pedoman…
“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada
anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: "Wahai anak kesayanganku,
janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya
perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua
ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi
kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian)
bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah
jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau
mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak
mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan
bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan
orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang
soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan
menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata):
"Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik
atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam
batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah
(untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus
pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah
sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan
perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang
menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang
dikehendaki diambil berat melakukannya.
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu
(kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi
dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang
yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan,
juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk
suara ialah suara keldai".
…(surah Luqman:13-19)
Jangan pernah lelah di jalan dakwah,
Jangan pernah gentar di medan perjuangan,
Hadirkan ikhlas dalam dirimu tatkala memikul amanah,
Jalan ini tidak dihampar karpet merah
Penuh liku pengorbanan dan cabaran
Namun usah gusar
Selagi redha Allah matlamat utama
Manisnya berjuang akan sentiasa terasa
Dan pengakhirannya hanyalah di akhirat sana…
“mengharungi samudera kehidupan
kita ibarat para pengembara
hidup ini adalah perjuangan
tiada masa untuk berpangku tangan
setiap titis peluh dan darah
tak akan sirna ditelan masa
segores luka di jalan Allah
kan menjadi saksi pengorbanan…”
Tanpa rasa penat jemu, teruskan perjuangan mujahidahku…
Walaupun Insyirah masih seorang bayi saat kalam ini
dinukil, semoga nasihat yang penuh harapan ini menjadi doa buat anak solehah
bakal mujahidah pejuang Islam ini, Insyaallah… Insyaallah abi dan ummi akan
berusaha yang terbaik untuk mendidik Insyirah… Sebagaimana Sultan Murad optimis
anakandanya Sultan Muhammad al-Fateh adalah bakal pembuka Kota Konstantinopal sejak
kecil lagi, abi dan ummi juga optimis anak solehah abi ummi akan menjadi tokoh
pejuang Islam masa depan, Ameen…
Ameen..penuh puitis adik akk ni..tahniah, syukur pd Allah.-kak ijan
ReplyDeleteTerima kasih kak ijan :) biasa2 je, isi masa sementara cuti ni..
ReplyDeleteamin ya rabb :) Comel
ReplyDeleteAlhamdulillah... Tahniah.. mudah-mudahan menjadi anak soleh. Rajin-rajin bagi susu ibu ya :)
ReplyDeletecomelnya anak..bertuah dapat melahirkan bayi secara normal.Alhamdulillah..
ReplyDelete