Friday, October 30, 2009

Disebalik Kisah di Operation Theatre

Isu ini sudah lama dimainkan, namun tiada penyelesaian konkrit. Bukan niat saya untuk menjaja isu ini merata-rata jika tidak kerana gusar yang acap kali membelenggu diri. Isunya? HIJAB~

Apa isunya? Bukankah ini Negara demokrasi, tiada siapa yang menghalang jika kamu mahu menutup aurat atau tidak? Ya, benar tapi….

Semuanya bermula apabila berada dalam posting surgery yang mana setiap pelajar diwajibkan untuk memerhati pembedahan yang dilakukan oleh pakar bedah di dewan bedah(OT). Sebelum ini, ada suara-suara mengatakan pemakaian tudung adalah dilarang atas alas an boleh menyebabkan jangkitan (untuk makluman, segala peralatan atau pakaian yang dipakai perlu dipastikan telah disterile untuk mengelakkan jangkitan dan seterusnya boleh mendantangkan pelbagai komplikasi kepada pesakit).

“Ha, ada nurse bagitahu tak boleh pakai tudung dan lengan panjang. Nak buat macam mana, redah jela.”
“Rasa bersalah pun ada tapi dah terdesak.”
“Alah, tak apa. Sikit je lelaki kat dalam tu.”

~ Antara respon yang diterima.

Alhamdulillah, setelah memberanikan dan ‘mendegilkan’ diri untuk menggunakan ‘etika pemakaian’ sendiri, operation theatre yang sebelum ini dianggap ‘tidak menghormati demokrasi pemakaian’, berjaya saya masuk. Rupa-rupanya, indah rupa dari khabarnya.


Tidak sia-sia pujukan seorang sahabat yang meyakinkan saya terdapat juga staff nurse yang bekerja disini memakai tudung dan memakai baju lengan panjang di bahagian dalam. Benar, saya sendiri melihat kewujudan mereka walaupun menjadi golongan yang amat minority. Malahan saya turut diberikan tudung khas OT yang disediakan oleh pihak hospital. “Oh, ada rupanya.”

Alahamdulillah, penyelesaian kepada isu yang membelenggu ini telah disampaikan kepada yang lain. Dalam manis pasti ada pahitnya. Ternyata saya juga tidak terlepas dari suara-suara yang merasakan ini isu picisan dan tidak perlu berdegar-degar berbicara tentangnya (tanpa mengetahui pelajar-pelajar Muslim di Barat khususnya telah diberikan kebenaran untuk menutup aurat dengan sempurna di dewan bedah setelah pelbagai usaha dilakukan).

Beberapa kesimpulan mudah namun perlukan pengertian yang dalam,

1. Kadang kala kita merasakan kita hanya perlu menjaga diri kita sahaja tanpa disedari mengabaikan amanah untuk orang-orang di sekitar. Bukan sedikit yang memberi respon semua terletak pada diri untuk menegakkan perkara yang diyakini mengikut syariat tanpa menyedari kita telah bersikap, “Akulah yang terbaik” walhal amanah yang lebih besar iaitu membawa kefahaman Islam kepada orang-orang di sekeliling.

2. Dalam asimilasi ‘ISLAM OF THE WAY OF LIFE’, paradigma untuk duduk mengikut arus harus diubah. Sebagai Muslim kita berperanan untuk menunjukkan bahawa Islam itu mudah, malah hakikatnya menjadi penyelesaian dan asas dalam pelbagai perkara, terutama dalam arus modenisasi kini, tempias yang mengatakan Islam itu jumud dan menghalang kemajuan harus ditepis.

3. Perlu untuk Muslim yang mempunyai kefahaman Islam menguasai posisi-posisi penting tertentu seperti jawatan-jawatan tinggi supaya Islam dapat dilaksanakan dalam semua peringkat.
(cita-cita saya mahu menjadi surgeon supaya menutup aurat di OT bukan sahaja pilihan individu bahkan diWAJIBkan- atas alasan better sterilization rather than expose the skin, perlukan kajian juga mungkin; juga mahu suasana OT tenang dengan ayat suci Al-Quran yang berkumandang- idea ini terdetik tatkala telah berada di OT yang berkumandangnya suara deejay Fly FM semasa pembedahan dijalankan… doakan saya bisa merealisasikannya)

No comments:

Post a Comment