Friday, July 31, 2009

"Bersedialah untuk MEMBERI,doktor"

Seorang sahabat pernah melontarkan kata-kata itu kepada saya, “Senyuman yang paling manis adalah kuntuman senyuman seseorang itu tatkala hatinya merintih dalam tangisan.”

Dan saya benar-benar merasakan pengalaman itu semasa terlibat menjayakan “medical check-up” pada hari Rabu dan Khamis lepas,anjuran PMIUM sempena Minggu Promo Universiti Malaya `09.



Sungguh kepenatan yang dirasai menikam-nikam pada hari pertama, rupa-rupanya makin terasa pada hari kedua bila mana sahabat-sahabat saya kebanyakannya mempunyai komitmen lain.

Aduh,sungguh teruji pada saat semuanya dilakukan SEORANG DIRI, dalam keadaan saya yang tidak menjamah apa-apa makanan dan tidak juga seteguk air sejak pagi. Daripada melayan `tetamu` yang hadir, menimbang berat untuk mendapatkan Body Mass Index (BMI), mengambil blood pressure (tekanan darah), glucose test (ujian untuk tahu paras gula dalam darah) sehinggalah memberi sedikit nasihat jika bacaan tidak dalam julat normal…



“Mesti semasa housemanship nanti lebih payah dari yang ini,”saya cuba memujuk diri.

Tika itu, saya terasa satu realiti yang PASTI akan saya dan pelajar yang akan bergelar DOKTOR ini akan tempuhi beberapa ketika nanti. Walau kepenatan mencabar diri pada tahap maksimum, diri ini perlu terus TERSENYUM melayan `tetamu` yang berkunjung. Tidak sampai hati ingin meminta izin berehat sebentar pada ketika `tetamu` yang datang membawa harapan mengetahui keadaan kesihatan mereka.

Saya kira realiti semasa di hospital (sebagai seorang doktor, mungkin bukan semasa MASIH bergelar pelajar perubatan), akan lebih teruji bila mana berhadapan pesakit-pesakit yang menderita mengharapkan belas untuk menghadapi kehidupan yang lebih baik. PASTI!

Mungkin ini mahar yang perlu dibayar dalam profesyen ini.

Teringat pesan saya kepada adik-adik PASUM (Pusat Asasi Sains UM) yang saya jumpa minggu lepas dan menyimpan cita untuk turut berada di laluan ini, “Bersedialah untuk MEMBERI.” Kata-kata ini saya simpulkan daripada nasihat-nasihat serta perkongsian pengalaman oleh pensyarah-pensyarah saya seawal pada masa permulaan saya menjejakkan kaki di alam klinikal. Ya,ikhlaskan niat,pasakkan iltizam.

Ya ALLAH Ya MUQIT, kurniakan daku kekuatan…

No comments:

Post a Comment