Thursday, August 6, 2009

H1N1: PAKAI TOPENG?? YANG PENTING TANGAN BERSIH

14 angka korban terbaru H1N1!!!

Beberapa buah universiti terpaksa ditutup untuk dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga...

Suasana di hospital bertukar `panorama` apabila penuh sesak dengan kunjungan orang ramai yang mahu menjalani unjian saringan...


Saya juga tidak terkecuali terkena tempias H1N1. Baru sekejap tadi semua pelajar MBBS di Fakulti Perubatan UM diwajibkan menghadiri taklimat mengenai wabak pandemik ini oleh seorang doktor yang mengetuai unit yang menguruskan penyakit berjangkit di Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM).

Menurutnya,keadaan sekarang menyebabkan wabak ini tidak dapat dicegah lagi maka langkah-langkah yang diambil adalah untuk meminimumkan penyebarannya.

Bagi mereka yang mempunyai ILI (Influenza-like-illness) DAN demam melebihi 3 hari atau peningkatan kadar respirasi atau peningkatan tahap SPO2 (saturation levels of oxygen ini hemoglobin) atau dijangkiti kuman pada paru-paru (pneumoniae) akan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pesakit-pesakit yang akan dimasukkan ke hospital juga termasuk mereka yang mempunyai ILI dan 1 daripada 3 kondisi berikut, sama ada mengandung, obesiti atau sesak nafas menyerupai asma.

Bagaimana pula jika anda menghidapi ILI sahaja? Saya diberitahu, jika anda ke hospital sekalipun tidak akan dibuat ujian saringan (throat swab) tetapi akan diperiksa kadar pernafasan(respiratory rate), SPO2 level dan diberikan rawatan simptomatik seperti panadol.Ujian hanya akan dibuat bagi mereka yang menghadai ILI bersama simptom atau kondisi yang seperti di atas.

Maka apa yang perlu anda lakuka adalah mengkuarantin diri anda di rumah dan tunggu sehingga 3-4 hari dan jika sudah sembuh,maka anda boleh keluar seperti biasa. Masa 3-4 hari ini adalah tempoh masa yang diperlukan tubuh untuk menghasilkan antibodi terhadap virus ini.

Setakat ini,kadar penyebaran wabak ini adalah tinggi namun kadar kematian( mortality rate) masih di bawah 1% di Malaysia.

Paling penting, cara terbaik sebagai langkah pencegahan penularan wabak ini adalah PASTIKAN TANGAN ANDA SENTIASA DALAM KEADAAN BERSIH (hand hygiene) kerana dengan hanya satu sentuhan,berjuta-juta bakteria dan virus telah disebarkan.

Tentang pemakaian topeng muka/mask,anda masih boleh memilih untuk meamakainya atau tidak memandangkan pemakaian mask surgikal biasa tidak melindungi sepenuhnya,kecuali bagi mereka yang bekerja di kaunter saringan di mana perlu memakai mask N95 yang lebih protective.

Akhir sekali, disarankan sebagai langkah pencegahan yang utama supaya menjaga kebersihan terutama tangan anda. Jika di hospital, anda boleh menggunakan hand-rub yang mengandungi alkohol dan chlorhexidine dengan beberapa langkah pembasuhan tangan yang betul.

No comments:

Post a Comment