Saturday, September 12, 2009

Bukan sekadar mengerti, tapi perlu untuk MEMAHAMI

Bismillahirrahmanirrahim...

"Alahmdulillah,"sejuk hati saya melihat beberapa orang yang saya kira merupakan sukarelawan daripada Nisa` dan Unit Amal berdasarkan tag yang tertera pada baju mereka,baru sekejap tadi. Namun bagai ada satu yang tidak kena. Ketika itu saya baru saja selesai mengambil `history` daripada seorang pesakit wanita, berusia 80-an.



Senario ini dah lama saya perhatikan dan ia kembali berulang. Datang dengan niat mahu menziarah,mungkin juga turut sama ingin berdakwah. Namun yang kerap saya perhatikan kebanyakannya hanya datang bertemu pesakit, bertanya khabar beberapa saat, memberi cenderahati yang dibawa dan kemudiannya terus pulang.

Sedikit perkongsian yang saya perhatikan,yang baru menjejakkan kaki di alam klinikal ini,satu perkara yang dapat disimpulkan, pesakit-pesakit ini(terutamanya golongan emas) tidak mengharapkan bungkusan-bungkusan makanan dan sebagainya (mungkin kerana kebanyakannya tidak selera makan). Pada saya,kebanyakan mereka memerlukan teman untuk meluahkan rasa mereka, yang boleh memahami dan seterusnya dapat menteteramkan mereka dalam menghdapi ujian ini.

Pernah saya bertemu seorang pesakit, juga warga emas, tidak mahu pulang ke rumah sementara menunggu keputusan biopsy untuk mengesahkan penyakitnya. Puas dipujuk dan diterangkan keadaan sebenar oleh anaknya, namun si ibu tetap menolak untuk pulang.

Saya cuba mendekati, kebetulan mahu meminta tolong seorang rakan berketurunan India untuk menjadi translator kepada seorang pesakit lain. Wanita yang tidak mahu pulang itu kelihatan merengek tetap tidak mahu pulang.

Setelah dipujuk, wanita tersebut mula meluahkan rasa hatinya, "Mak cik keliru nak. Mak cik sakit tapi semua suruh mak cik balik. Kalau balik pun mesti sakit juga, sekarang pun tak baik lagi."

Saya cuba memahami.Wanita tersebut perlu balik dahulu dan hanya selepas 2 minggu baru keputusan biopsy untuk memastikan penyakitnya dapat diketahui. Maka sementara menunggu, lebih baik baginya untuk pulang dahulu, sekurang-kurangnya dapat berehat di rumah dan tempat di hspital yang sememangnya terhad dapat diisi oleh pesakit-pesakit lain yang lebih memerlukan rawatan segera.

Akhirnya setelah diterangkan berkali-kali oleh anaknya, dan sekali-kali saya menambah untuk menyokong, si ibu mula mengalah.

Berbalik kepada menziarahi pesakit,bagi saya perlu untuk mengetahui serba sedikit keadaan diri pesakit selain cuba merasa empati dan bukan sekadar menunjuk simpati, serta memberi kata-kata peransang. Bagi pesakit Muslim pula, amat baik jika sempat bertanyakan mengenai solat pesakit kerana bukan sedikit pesakit yang saya jumpa sebelum ini tidak solat di hospital kerana tidak mengetahui rukhsah yang ada.



Bertemu pesakit bukan sekadar memberi ubat, menjalankan terapi, bahkan rohani dan emosi juga perlu dirawat. Dan kuncinya adalah memahami.

"Dan jika ALLAH menimpakan sesuatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Mahakuasa atas segala sesuatu." (AL-AN`AM:17)

Wednesday, September 9, 2009

ANTARA DUA

Bismillahirrahmanirrahim...

Sudah lama benar rasanya tidak mencoret sesuatu di sini. Keterbatasan masa agak mencengkam sejak menapak di alam klinikal kini. Lontaran yang ligat berputar di kepala terpaksa dibiarkan begitu sahaja tanpa seraut coretan di sini. Moga-moga ini satu permulaan kembali, insyaallah.

Mungkin lembaran kali ini lebih berbentuk perkongsian...

Sewaktu `ward round` bersama doktor dan ahli kumpulan yang lain, kira-kira 2 minggu lepas, kami bertemu seorang wanita pertengahan umur yang menderita akibat kanser (breast cancer TMN Stage IV) yang dijangka sudah merebak ke sistem peredaran darah dan seterusnya merebak ke bahagian tubuh yang lain.

Namun wanita tersebut tidak datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan untuk penyakit kansernya, tetapi untuk rawatan melecur kulit akibat `dicurah` air panas semasa menjalani rawatan tradisional.

Yang agak menyedihkan,wanita tersebut juga menolak dengan prosedur bagi mengesahkan kondisi kansernya (trucut biopsy of breast) atas alasan sedang menjalani rawatan tradisional. Menurut doktor yang bersama-sama kami, dengan kondisi sekarang, mungkin wanita tersebut hanya mempunyai lebih kurang 4 bulan tanpa rawatan atau 6 bulan dengan rawatan intensif.

Ketika agak jauh dari tempat wanita tersebut, doktor mula berkata, “ If me, I prefer to have happy ending of my life which means I `ll decide to go to holiday all over the world for 4 months with my lovely family members, rather than feeling bad undergoing all the massive treatment to live for 6 months.”

Saya terkesima seketika. Berfikir bagaimana pula jika saya di tempat itu. Mungkin tidaklah pergi `bersuka-ria`,holiday dan sebagainya, tetapi lebih kepada memencilkan diri beribadah menghabiskan sisa-sisa masa yang ada untuk melakukan persiapan terbaik untuk bertemu dengan-Nya.

Ataupun berusaha berhabis-habisan dengan pelbagai rawatan, bukankah Allah mengatakan Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri?( perlu juga diketahui rawatan untuk kanser seperti kemoterapi atau radioterapi menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti hilang selera makan, panas badan, mulut merekah, rambut gugur dan banyak lagi).

Mungkin membayangkannya tidak seberat yang menghadapinya. Mungkin satu persoalan atau pilihan yang dianggap remeh namun jika tidak mampu untuk merasa empati, apa pula peranan sebagai seorang doktor dalam memberi nasihat terbaik? Tetapi sudah tentu pilihan masih di tangan pesakit…

“Barangsiapa mengerjakan kebajikan dan dia beriman maka usahanya tidak akan diingkari (disia-siakan), dan sungguh, Kamilah yang mencatat untuknya.”
(Al-Anbiya`:94)


Analoginya mudah,seperti peperiksaan, katakanlah seorang pelajar itu ditakdirkan gagal dalam peperiksaan pertengahan semester. Bagi menghadapi peperiksaan akhir semester akan datang, adakah dia akan duduk bergoyang kaki sambil meratapi dan menyesali keputusannya yang sudah berlalu? Atau menerima takdirnya dengan lebih berusaha lebih bersungguh-sungguh dengan rasa redha pada apa hasil tuaiannya pada peperiksaan kelak.

Tafsiran redha dengan menerima ketentuan dengan meyakini ada hikmah tersirat serta tanpa putus asa berusaha supaya lebih baik pada masa akan datang dan sedia menerima apa jua ketentuan. Alangkah indahnya... Mudah diukir di bibir tapi hanya yang diberi kekuatan dari-Nya mampu menghadapi.

Thursday, August 6, 2009

H1N1: PAKAI TOPENG?? YANG PENTING TANGAN BERSIH

14 angka korban terbaru H1N1!!!

Beberapa buah universiti terpaksa ditutup untuk dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga...

Suasana di hospital bertukar `panorama` apabila penuh sesak dengan kunjungan orang ramai yang mahu menjalani unjian saringan...


Saya juga tidak terkecuali terkena tempias H1N1. Baru sekejap tadi semua pelajar MBBS di Fakulti Perubatan UM diwajibkan menghadiri taklimat mengenai wabak pandemik ini oleh seorang doktor yang mengetuai unit yang menguruskan penyakit berjangkit di Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM).

Menurutnya,keadaan sekarang menyebabkan wabak ini tidak dapat dicegah lagi maka langkah-langkah yang diambil adalah untuk meminimumkan penyebarannya.

Bagi mereka yang mempunyai ILI (Influenza-like-illness) DAN demam melebihi 3 hari atau peningkatan kadar respirasi atau peningkatan tahap SPO2 (saturation levels of oxygen ini hemoglobin) atau dijangkiti kuman pada paru-paru (pneumoniae) akan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pesakit-pesakit yang akan dimasukkan ke hospital juga termasuk mereka yang mempunyai ILI dan 1 daripada 3 kondisi berikut, sama ada mengandung, obesiti atau sesak nafas menyerupai asma.

Bagaimana pula jika anda menghidapi ILI sahaja? Saya diberitahu, jika anda ke hospital sekalipun tidak akan dibuat ujian saringan (throat swab) tetapi akan diperiksa kadar pernafasan(respiratory rate), SPO2 level dan diberikan rawatan simptomatik seperti panadol.Ujian hanya akan dibuat bagi mereka yang menghadai ILI bersama simptom atau kondisi yang seperti di atas.

Maka apa yang perlu anda lakuka adalah mengkuarantin diri anda di rumah dan tunggu sehingga 3-4 hari dan jika sudah sembuh,maka anda boleh keluar seperti biasa. Masa 3-4 hari ini adalah tempoh masa yang diperlukan tubuh untuk menghasilkan antibodi terhadap virus ini.

Setakat ini,kadar penyebaran wabak ini adalah tinggi namun kadar kematian( mortality rate) masih di bawah 1% di Malaysia.

Paling penting, cara terbaik sebagai langkah pencegahan penularan wabak ini adalah PASTIKAN TANGAN ANDA SENTIASA DALAM KEADAAN BERSIH (hand hygiene) kerana dengan hanya satu sentuhan,berjuta-juta bakteria dan virus telah disebarkan.

Tentang pemakaian topeng muka/mask,anda masih boleh memilih untuk meamakainya atau tidak memandangkan pemakaian mask surgikal biasa tidak melindungi sepenuhnya,kecuali bagi mereka yang bekerja di kaunter saringan di mana perlu memakai mask N95 yang lebih protective.

Akhir sekali, disarankan sebagai langkah pencegahan yang utama supaya menjaga kebersihan terutama tangan anda. Jika di hospital, anda boleh menggunakan hand-rub yang mengandungi alkohol dan chlorhexidine dengan beberapa langkah pembasuhan tangan yang betul.

Saturday, August 1, 2009

GERAKAN FREEMASONRY: Ancaman Yang Mampu Meranapkan

Anda kenal Rahm Isreal Emanuel yang menjadi Ketua Staf White House sekarang?

Anda tahu siapa pemilik Syarikat Fox 20th yang menjadi tulang belakang Hollywood?

Anda tahu apa idea utama penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB)?

Anda kenal siapa orang disebalik syarikat gergasi penerbitan seperti New York Times dan penyiaran seperti NBC?




Dan jawapan yang boleh mengaitkan kesemua persoalan ini dan malah berjuta-juta lagi persoalan adalah wujudnya satu gerakan bawah tanah yang dikenali sebagai Gerakan Freemasonry yang mencaturkan rentak politik,ekonomi,sosial malah pendidikan mengikut acuan mereka.

Langkah Menghancurkan Goyim (non-Yahudi)

“Untuk mencegah mereka (orang-orang Goyim:non-Yahudi) daripada menemui langkah baru dalam politik, kita mesti membawa mereka ke kancah hiburan seperti judi, pesta hiburan, pesta seks dan mengadakan rumah-rumah urut.”

Ini bukan sebarang ayat yang saya cedok dari mana-mana. Jauh sekali untuk saya menjadi propagandis menjaja ayat-ayat yang berbentuk provokasi. Tapi ini adalah petikan ayat ke-13 dalam protokol gerakan Freemansory.

Dalam keadaan dunia hari ini yang semakin ralit dengan pelbagai isu-isu remeh yang memualkan sehinggalah isu-isu mega,nyata `peranan utama` gerakan ini tidak boleh dipandang sebelah mata. Kecuali jika anda sendiri lebih memilih untuk menjadi katak di bawah gelas kaca yang hanya mampu memerhati keadaan sekeliling tanpa mengambil tahu dan mencetuskan mahu.

“Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam, maka dia bukanlah dari golongan mereka(orang-orang Islam).”(hadith Rasulullah SAW)

Gerakan Freemansory

Gerakan ini dipelopori oleh orang Yahudi yang mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjidil Aqsa , kemudian akan melebar-luaskan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan dan Mesir dan terus menuju Madinah di Arab Saudi dan akhirnya membentuk Negara Israel Raya!

Pada mulanya mereka meletakkan sasaran utama kepada gerakan Kristianisasi namun setelah perang dunia ke-2 mereka mula beralih arah menumpukan serangan kepada Islam. Malah terdapat sumber mengaitkan kejatuhan khalifah Islam semasa pemerintahan Mustafa Kamal At-Tartuk dengan gerakan Freemansory ini.

Analisa Strategi Penguasaan Yahudi



Terdapat dua strategi bagi meluaskan penguasaan sesebuah gerakan dalam sesebuah tempat mengikut matlamat masing-masing
1. Penguasaan proksi sedia ada bagi membawa idea yang dicetuskan berpaksikan matlamat sedia ada
2. Penubuhan proksi-proksi baru dalam usaha membawa ideologi untuk mencapai matlamat


Dan dalam hal ini dapat dilihat gerakan Freemasonry menggarap kedua-dua peluang ini secara optimum dalam memastikan matlamat mereka berjaya. Jika tidak, masakan mereka mampu merampas dan memegang posisi utama pentadbiran Amerika Syarikat yang menguasai rentak jatuh bangun dunia tika ini.

Buktinya, dengan sejarah hanya 22 orang Yahudi yang berhijrah ke Amerika Syarikat pada 1654, mana mungkin mereka kini berjaya menguasai pos-pos penting di White House dan seterusnya penubuhan entiti pertubuhan yang bertopengkan misi-misi kemanusiaan dan keamanan seperti PBB,WHO,WTO; jika tidak merangka strategi dengan kemas dan tersusun?

Di Mana Peranan Kita



Meneliti `kejayaan demi kejayaan` gerakan Freemasonry yang saya belek dalam buku “Gerakan Freemasonry: Musuh dalam menghancurkan Islam” membuatkan saya mencari-cari formula secara realistik untuk Islam kembali gah seperti zaman kegemilangannya dahulu. Apakah layunya umat Islam kini dek strategis-strategis Yahudi ataupun kerana umat Islam sendiri yang tidak mampu bangun setelah jatuh tersungkur suatu ketika dahulu? TIDAK!!! Ini suatu amanah.

Bukan hanya SAYA,bukan juga hanya ANDA, malah KITA. Mungkin bukan masa ini kita melihat Islam kembali memerintah dunia namun sudah tentu ini masanya untuk kita berusaha menjadi strategis-strategis Muslim yang dinamik dalam pos masing-masing. Sebagaimana pemimpin negara yang menjadi figura gerakan Freemasonry dilatih daripada kecil; Umar Al-Khattab, Salahuddin Ayubi dan Muhammad al-Fateh juga dilatih sejak zaman mudanya lagi.

Friday, July 31, 2009

"Bersedialah untuk MEMBERI,doktor"

Seorang sahabat pernah melontarkan kata-kata itu kepada saya, “Senyuman yang paling manis adalah kuntuman senyuman seseorang itu tatkala hatinya merintih dalam tangisan.”

Dan saya benar-benar merasakan pengalaman itu semasa terlibat menjayakan “medical check-up” pada hari Rabu dan Khamis lepas,anjuran PMIUM sempena Minggu Promo Universiti Malaya `09.



Sungguh kepenatan yang dirasai menikam-nikam pada hari pertama, rupa-rupanya makin terasa pada hari kedua bila mana sahabat-sahabat saya kebanyakannya mempunyai komitmen lain.

Aduh,sungguh teruji pada saat semuanya dilakukan SEORANG DIRI, dalam keadaan saya yang tidak menjamah apa-apa makanan dan tidak juga seteguk air sejak pagi. Daripada melayan `tetamu` yang hadir, menimbang berat untuk mendapatkan Body Mass Index (BMI), mengambil blood pressure (tekanan darah), glucose test (ujian untuk tahu paras gula dalam darah) sehinggalah memberi sedikit nasihat jika bacaan tidak dalam julat normal…



“Mesti semasa housemanship nanti lebih payah dari yang ini,”saya cuba memujuk diri.

Tika itu, saya terasa satu realiti yang PASTI akan saya dan pelajar yang akan bergelar DOKTOR ini akan tempuhi beberapa ketika nanti. Walau kepenatan mencabar diri pada tahap maksimum, diri ini perlu terus TERSENYUM melayan `tetamu` yang berkunjung. Tidak sampai hati ingin meminta izin berehat sebentar pada ketika `tetamu` yang datang membawa harapan mengetahui keadaan kesihatan mereka.

Saya kira realiti semasa di hospital (sebagai seorang doktor, mungkin bukan semasa MASIH bergelar pelajar perubatan), akan lebih teruji bila mana berhadapan pesakit-pesakit yang menderita mengharapkan belas untuk menghadapi kehidupan yang lebih baik. PASTI!

Mungkin ini mahar yang perlu dibayar dalam profesyen ini.

Teringat pesan saya kepada adik-adik PASUM (Pusat Asasi Sains UM) yang saya jumpa minggu lepas dan menyimpan cita untuk turut berada di laluan ini, “Bersedialah untuk MEMBERI.” Kata-kata ini saya simpulkan daripada nasihat-nasihat serta perkongsian pengalaman oleh pensyarah-pensyarah saya seawal pada masa permulaan saya menjejakkan kaki di alam klinikal. Ya,ikhlaskan niat,pasakkan iltizam.

Ya ALLAH Ya MUQIT, kurniakan daku kekuatan…

Wednesday, July 22, 2009

H1N1: ALERT!!!

Awalnya,mungkin ramai tak menyedari betapa bahayanya wabak ini yang bermula di Mexico termasuk saya sendiri. Namun,walaupun setelah beberapa ketika, ternyata virus yang telah menjadi pandemik hampir ke seluruh dunia ini semakin membimbangkan.

Saya juga sebelum ini agak diburu resah memandangkan demam, sakit tekak dan selsema yang agak kronik. Sehinggakan ada sahabat yang mengesyorkan, "Pergilah periksa kat PPUM tu. Tak lama pun." Alhamdulillah, ketika berjumpa doktor di klinik pelajar, doktor mengatakan saya tidak perlu menjalani saringan H1N1.


Fenomena ini agak kritikal sebenarnnya walaupun ada pihak mendakwa kerajaan sengaja menyembunyikan fakta kes sebenar supaya tidak `kehilangan` pelancong asing.

Masakan tidak, pelajar-pelajar baru terpaksa dikuarantin sehingga suasana Minggu Haluansiswa di beberapa universiti berubah wajah, kaunter saringan di hospital-hospital juga tak menang tangan dibuatnya dan termasuk juga suasana memakai topeng penutup di tempat-tempat awam.


Memandangkan masih ramai lagi yang tidak endah mengenai penularan virus ini,maka, sedikit perkongsian maklumat mengenai virus pandemik ini:


Guidelines for H1N1 in Malaysian Government Hospital setting (as presented in Hosp Sungai Buloh on 10th July 2009)



Case definition for Novel Influenza (H1N1) virus
A confirmed Case: person with an influenza like illness (ILI) with laboratory confirmed novel influenza

A (H1N1) virus infection by one or more of the following tests:
1. Real time RT-PCR
2. Viral culture

Not all with suspected novel influenza (H1N1) infection need to be seen by a health care provider (doctors)

For most people, the illness appears to be mild and self-limiting. Cases have been confirmed in all ages group but children and younger age group seem to be much more higher groups that easily affected. Only few cases for older adult.

For a minority people, H1N1 caused severe illness with complications. In many but not all of these cases underlying risk factors or comorbidities.

Complications of H1N1

1. Respiratory
a. Pneumonia
b. Upper Resp: Otitis Media, sinusitis, conjunctivitis
c. Croup
d. Bronchiolitis
e. AEBA/AECOAD

2. CVS
a. Myocarditis
b. pericarditis

3. Muscular
a. Rhabdomyositis
b. Rhabdomyolisis with myoglobinuria and ARF

4. Neuro
a. Encephalitis
b. Reye’s Syndrome
c. Guillian Barre Syndrome
d. Transverse Myelitis

5. Systemic
a. Toxic shock syndrome
b. Sudden death

Risk Factors @ co-morbidities
1. Chronic respiratory condition COAD, Asthma, OSA
2. Pregnancy (2nd to 3rd trimester)
3. Morbid Obesity
4. Chronic diseases eg DM, CCF, CRF (NOT simple hypertension-need 2 anti hypertension)
5. Immunosuppression including Chemo patient, Transplant patient, HIV, long term steroid,
6. haemoglobinopathies e.g Thalassemia,
7. > 65 years old
8. <>Who need to seek health care provider?
Patients with ILI (definition for ILI: fever > 38 and a cough and / or sore throat in the absence of a known cause other than influenza)
AND
Moderate to severe illness ( based on Home Assessment Tool)
or
significant co-morbidities
need to seek within first 2 days of illness

Patient Home Assessment Tool
1. Respiratory difficulties i.e SOB, rapid breathing, purple/blue discoloration of lips
2. Coughing out blood or blood streaked sputum
3. Persistent chest pain
4. Persistent diarrhea and / or vomiting
5. Fever > 3 days or recurring after 3 days
6. Abnormal behavior ie confusion, fit
7. Dizziness while standing or reduce urine production


Clinical assessment for moderate to severe illness (Need to consider admission)

1. Respiratory impairment
a. Tachypnoea RR> 24
b. Inability to complete sentence in one breath
c. Use of accessory muscle
d. SPO2 <>2. Clinical dehydration or clinical shock
a. SBP <90> 2 sec
c. Reduce skin turgor

3. Altered conscious level
a. Confusion, seizure and agitation

4. Others
a. Severe and persistent vomiting
b. Rapidly progressive (high temperature > 3 days)

Akhir sekali, sebagai muhasabah bersama, tidak mustahil wabak ini juga satu peringatan dari ALLAH dalam dunia pada hari ini sudah cukup ralit dengan menghadapi kemelut yang tidak berkesudahan.

"Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia, nescaya dia berpaling dan menjauhkan diri dengan sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan, nescaya dia berputus asa."
(Al-Isra`:83)