Wednesday, June 10, 2009

LELAKI VS PEREMPUAN, MUSLIMIN VS MUSLIMAT, MARTIANS VS VENUSIANS

“Bagi saya masalah tersebut kecil je, ada masalah yang lebih utama yang kita kena selesaikan,” luah En.Y dalam satu mesyuarat bersama rakan-rakan sekerjanya.
“Tapi bagi saya selalunya perkara-perkara yang dianggap remeh ni la yang nanti akan ganggu projek kita nanti. Masalah ni mesti diselesaikan sebelum menjadi lebih parah,” Cik X pula mencelah.
*************************************************************************************
“Muslimat bila nak muslimin buat sesuatu,tolong la gunakan perkataan `TOLONG`, ini tidak,bercakap gaya macam bagi arahan,”sindir Ustaz Y dalam satu sesi muhasabah sebuah persatuan.
“Ala,takkan itu pun berkira,kami cuma mahu gerak kerja dapat dijalankan dengan cepat je,”Ustazah X mula mempertahankan diri.
*************************************************************************************
“Saya penat la,balik kerja kena basuh baju,kemas rumah,uruskan anak-anak. Awak pulak selalu balik lambat. Barang dapur kat rumah ni semua dah habis. Bil elektrik,bil air dah sebulan tertunggak sebab tak sempat saya nak bayar……… Eh,awak dengar tak saya tengah cakap ni?”luah Puan X sewaktu suaminya baru balik dari pejabat.
“Habis yang saya berdiri depan ni apa?Ish awak ni. Saya baru je balik dah nak berleter. Rimas saya macam ni,”En.Y membidas.
*************************************************************************************


Kisah di atas bukan kisah dongengan, jauh sekali kisah rekaan. Mesti ramai bersetuju dengan saya. Sudah lama saya mahu kupas isu gender ini namun saya pendamkan dulu sehingga saya sendiri mendapat hujah dan kesimpulan yang solid dalam erti kata mendalami serta memahami kedua-dua `mereka`(sekurang-kurangnya cukup untuk diri saya jadikannya satu iktibar: mungkin anda setuju,mungkin tidak,terpulanglah).

Saya mula mencari hakikat agar tidak bias kepada gender sendiri dalam hal ini. Fitrahnya,memang manusia selalu merasakan diri mereka sendiri yang paling benar. Tak percaya? Cuba perhatikan apabila seseorang memberi hujah atau komen ke atas sesuatu atau seseorang,terutama yang mempunyai pangkat dan pengaruh,sukar untuknya menerima lontaran yang bercanggah dengannya. Bermula dengan membaca komentar-komentar dalam blog,ditegur semasa meeting,pemerhatian,meminta pandangan sehinggalah saya membaca sebuah buku popular yang sudah lama diterbitkan namun kandungannya masih relevan, MEN ARE FROM MARS,WOMEN ARE FROM VENUS karya John Gray.

Mungkin ada yang memandang remeh apabila soal ini dibangkitkan. Mungkin ada juga yang berbisik BOSAN. Tapi antara sedar atau tidak, oleh sebab perbezaan Martians dan Venusian (istilah Lelaki dan Perempuan yang digunakan John Gray yang membawa analogi kedua-duanya berasal daripada 2 planet berbeza), seringkali menyebabkan masalah dan slah faham baik dalam persahabatan,pekerjaan,rumah tangga,malahan turut mempengaruhi gerak kerja dakwah serta aspek-aspek lain selagi melibatkan dua gender ini.


“Wahai manusia! Sungguh,Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan serang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh,yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui,Maha Teliti” (Al-Hujurat:13)




EGO DAN EMOSI


Pandangan saya, hampir 80% punca permasalahan dan salah faham bermula dengan dua perkataan ini, Lelaki dengan EGOnya, Perempuan dengan EMOSInya. Seringkali berlaku kaum Adam ini meminta golongan Hawa agar tidak beremosi dalam melakukan sesuatu. Tidak kurang juga kaum Hawa yang menolak mentah-mentah sifat ego dalam diri golongan Adam. Tanpa menyedari itulah fitrahnya (sifat semula jadi) Lelaki dan Perempuan,kita seringkali meletakkan salah faham dan masalah itu atas sifat golongan yang berlawanan gender dengan kita.


Misalnya,apabila Martian menolak pandangan atau teguran Venusian walaupun relevan serta Venusian yang tiba-tiba `bad mood` dan semua yang dilakukan serba tidak kena.

Baiklah,cuba kita intai pula hikmah EGO dan EMOSI ini. Atas sifat inilah sebenarnya Islam meletakkan Lelaki sebagai pemimpin atau golongan yang membuat pertimbangan serta keputusan. Manakala perempuan pula dengan kekuatan emosi itulah diberi kelebihan untuk merasai pengalaman mengandung selama 9 bulan dan menguruskan hal ehwal keluarga di rumah.


Namun,ini bukan alasan untuk Martian dan Venusian terus membiarkan EGO dan EMOSI ini sentiasa dan sepenuhnya menguasai mereka. Perlu untuk kita sama-sama koreksi diri dan mengawal sifat ini serta meletakkannya di tempat dan situasi yang sepatutnya. Maka,tidak mustahillah akan lahirnya Perempuan yang berdaya saing untuk menjadi pemimpin dan mampu mengeluarkan hujah-hujah bernas. Dan juga bukan mustahil untuk seorang Lelaki menjadi seorang yang lebih memahami,bersifat terbuka dan rasional.



MENGURUSKAN STRESS


Pabila terasa diri tertekan dek masalah yang datang bertimpa-timpa,setiap orang pasti ada cara melampiaskan stress masing-masing. Percaya atau tidak, kebanyakan Perempuan menghadapi stress dengan cara meluahkannya secara pukal dan random kepada orang yang dipercayainya dan kemudian akan merasa lega. Tetapi berbeza kepada Lelaki, mereka lebih gemar fokus kepada masalah utama dan `urgent`,mendiamkan serta memencilkan diri bagi menyelesaikannya atau melakukan sesuatu yang dapat melupakan mereka tentang masalah itu buat seketika agar boleh kembali memikirkannya secara rasional apabila sudah tenang.



Namun, wujud salah faham apabila masing-masing tidak faham sikap gender berlawanan. Apabila Mrs X berkata,”Banyak masalah di pejabat tadi, saya berasa sungguh penat dan tak sanggup hadapi hari-hari mendatang.” Maka Mr Y yang berasa dia bertanggungjawab menjernihkan keadaan berkata,”Hm…kalau begitu,awak berhentilah kerja.” Dan Mrs X pula terus berasa Mr Y tidak mahu memperdulikannya dan mendengar masalahnya lagi. Sedangkan difahami Perempuan hanya mahu seseorang menjadi tempat luahannya dan dia akan berasa sangat lega dan puas hati walaupun hanya dibalas kata-kata seperti “Hm…”,”Oh,macam tu…”,”Saya faham…” Manakala untuk Lelaki pula Perempuan disarankan supaya diam dan tidak mencadangkan penyelesaian kecuali diminta kerana EGO Lelaki akan tercabar dan mungkin berasa dirinya tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Pandangan saya pula,dalam bergerak kerja, perkara ini perlu diuruskan sehingga seminimum mungkin. Dalam menguruskan sesuatu,penting untuk meletakkan prioriti,berhujah berdasarkan fakta bukannya emosi dan sedia menerima pandangan orang lain yang mempunyai hujah bernas.



BAHASA BERBUNGA-BUNGA DAN FAKTA


Satu lagi aspek yang perlu diberi perhatian,salah faham akibat perbezaan menterjemah sesuatu.
Contohnya,ketika membentangkan kertas kerja satu projek, seorang muslimat menegur seorang muslimin yang asyik membalas SMS,”Ustaz,harap dapat dengar pembentangan saya.” Namun dibalas pula,”La,saya tengah dengar ni.Takkan tak nampak kot.”

Hakikatnya maksud muslimat tadi supaya muslimin tersebut menumpukan perhatian ke atas topik yang dibincangkan mana tahu muslimin itu menterjemah bulat-bulat pula apa yang dikatakannya.



SALING MEMAHAMI


Last but not least, always try to put yourself in other people`s shoes. Dalam memahami dan menerima berbezaan, pasti ada waima sekelumit titik persamaan.



"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

No comments:

Post a Comment