Tuesday, May 26, 2009

KENAPA MEREKA BERSATU??

“Marni, tengok tu, budak-budak Chinese tengah belajar PE (physical examination) dengan senior diorang. Lepas tu kawan-kawan yang lain boleh je ikut sekali. Kenapa ya nampak mereka ni bersatu, kita yang Muslim sendiri pun tak macam tu?”

“Emm,sebab bangsa diorang sama agaknya.”

Bangsa yang sama? Tapi kalau nak kata mereka bersatu atas title bangsa, bukankah kita juga berbangsa yang sama? Bukan sekadar bangsa,malah sama berdiri di atas satu aqidah yang sama dan sering diajar erti persaudaraan ataupun UKHUWAH.

Tapi mereka,mungkin perkataan ukhuwah pun tak pernah dengar. Mungkin ada tapi setakat ini tak pernah pula saya mendengar salah seorang daripada mereka mengingatkan yang lain supaya bersatu dan saling tolong-menolong. Sedang kita,acap kali isu ukhuwah ditimbulkan baik secara individu mahupun dalam sesebuah organisasi.

Pernah juga saya mendengar, strategi dalam bidang yang memang mereka monopoli di negara ini iaitu dalam berniaga. Mereka akan saling membantu antara satu sama lain, sehingga pemborong boleh menjual barang kepada peniaga yang `sama bangsa dengan mereka` dengan harga yang jauh lebih murah. Sedangkan manusia bergelar Muslim sendiri sanggup melingkupkan perniagaan saudara sendiri dengan pelbagai cara kerana takutkan persaingan.

Bukan niat saya menimbulkan sentimen, tapi sesuatu harus dipelajari dari mereka dalam mencari erti sebenar ukhuwah islamiyyah dan juga dalam kehidupan bermasyarakat.

KENAPA???

Saya sendiri masih tertanya-tanya. Setakat ini pada hemat saya,hal ini mungkin disebabkan oleh mereka terdesak dalam keadaan menjadi golongan MINORITI. Sedang kita pula selalunya hanyut berada dalam ZON SELESA.

Jika kita merenung kembali Sirah Rasulullah S.A.W. dan sejarah kerajaan Islam, bagaimana Rasulullah SAW menyebarkan risalah dalam keadaan ditekan dan senantiasa dihalang. Akhirnya Islam dapat ditegakkan dan terus tersebar. Namun, zaman kegemilangan Islam berakhir ketika itu,semasa zaman kerajaan Turki Uthmaniyyah kerana ramai yang meninggalkan ajaran Islam sebenar dan berasa dalam keadaan ZON SELESA.

Nah,betapa besar harga yang perlu dibayar dek title ZON SELESA.

Lihat juga bagaimana Saidina Umar al-Khattab,menjaga dirinya daripada berada dalam ZON SELESA, istiqamah dengan sifat zuhudnya waima setelah beliau menguasai Parsi dan Rom. Dikisahkan juga ketika detik Islam berjaya menguasai kembali Baitulmaqdis, Saidina Umar al-Khattab bergilir-gilir dengan pembantunya berjalan kaki untuk ke sana dan pakaian beliau pula tidak menggambarkan pakaian yang layak dipakai oleh seorang khalifah yang telah menguasai sepertiga dunia.

Justeru, BANGKITLAH!!
Bukan saya, awak atau mereka, tapi KITA yang akan kembali kepada ajaran Islam sebenar…..

Thursday, May 21, 2009

UKURAN KEFAHAMAN

Penat baru balik dari menjadi AJK sebuah program berbentuk kem belum lagi hilang. Tambahan lagi terpaksa berkemas-kemas barang di kolej dan jadual elektif di makmal serta klinik pula sangat padat. Tapi tentunya ada `buah tangan` berharga yang menjadi bekalan sepeninggalan saya daripada program itu.

Rata-rata komen yang diterima dalam penilaian kepada peserta terutama daripada bidang perubatan dan pergigian adalah "kurang thaqafah(ilmu)" yang semestinya merujuk kepada pemahaman peserta dalam erti kata dalam memberi hujah mahupun dalil.


Saya sendiri ada pengalaman berdiri di atas kerusi dalam satu program dek gagal memberi hujah berdasarkan dalil naqli(dalil daripada al-quran atau hadith).

Persoalannya,"Adakah kefahaman seseorang itu hanya didasari oleh sebanyak mana hujah yang boleh dilontarkan tatkala diasak dengan pertanyaan dan provokasi?"
Benar,saya tidak menolak keperluan dan kepentingannya namun acap kali praktikaliti itu dipandang enteng berbanding teoritikal.
"Bukankah itu namanya bersikap ekslusif?"

"Bukankah ilmu agama itu wajib bagi setiap orang yang bergelar muslim?"

Antara sedar atau tidak kita sebenarnya telah meletakkan kayu ukur seseorang itu dengan pandangan zahir kita sendiri. Itu belum dikira aspek penampilan yang seringkali juga menjadi topik hangat perbincangan dan dalam sesi luahan rasa.



Adakah kita lupa,Khalid al-Walid atau dikenali juga sebagai "sword of ALLAH", merupakan seorang panglima tentera yang hebat semasa zaman Rasulullah dan para sahabat sehingga Rom dan Parsi berjaya ditawan. Namun,beliau bukanlah seorang yang terkenal dalam meriwayatkan hadith walaupun beliau antara sahabat yang rapat dengan Rasulullah. Beliau adalah salah seorang sahabat hasil tarbiyyah Rasulullah yang juga contoh bagaimana dengan asas keimanan yang kukuh,beliau memaksimumkan kelebihannya yang dari kecil sememangnya dilahirkan sebagai seorang pahlawan,demi kemenangan Islam tercinta.

Begitulah, Allah menetapkan keupayaan,kelebihan, dan keistimewaan manusia berbeza-beza. Namun,yang paling penting bagaimana setiap posisi itu dioptimumkan peranannya dengan kefahaman yang jelas demi Islam tercinta.

Teori yang mudah,namun praktikalnya .......

Friday, May 8, 2009

pesona "SALJU SAKINAH"

"Kadangkala terasa mahu menyumpah seranah, malah sesekali terdetik juga kesal lantaran terlanjur menjalin tautan hati dan mengimpikan hari bahagia. Tetapi dia lekas sedar,itu karat mazmumah yang masih bersarang di jiwa. Sebagai seorang muslimah,dia wajib yakin,segala-galanya sudah ditentukan Allah. Dan hanya dengan mencintai Tuhan tidak akan ada sebarang penyesalan."

*******************************************

Sehari suntuk saya tekun `menelaah` novel yang baru dibeli.Mungkin kerana latar tempatnya Jordan dan Batu Pahat,tempat desa halaman saya yang sudah lama tak menjenguk,membuatkan lebih teruja selain garapan kisah yang sungguh menarik.

Jika Indonesia laris dengan garapan Habiburrahman Al-Shirazy, novel Ayat2 Cintanya yang mencetuskan fenomena, kita juga tak kalah dengan penangan karya Zaid Akhtar ini. Alahamdulillah,berbaloi rasanya,sengaja tidak mahu terus membeli walau sudah jatuh hati pandang pertama.Bukan apa,gusar kalau-kalau tersalah beli,bukan sedikit novel ala-ala islamik tetapi hanya persoalan cinta semata.

Bukan niat nak bercerita lebih mengenai petikan monolog `watak utama` cerita ini yang saya sengaja coretkan di atas. Cuma ada sesuatu yang lebih besar dan menarik dapat dicedok dari nukilan ini. Ketabahan Sumayyah menghadapi ranjau yang tidak pernah luput dalam diari kehidupannya membuatkan saya seolah-olah terpukul lantaran mudahnya tersungkur saat menghadapi ujian dari-Nya.Keakraban persahabatan juga sebenarnya sesuatu yang amat berharga.Bukankah ukhuwah itu indah jika terjalin kerana Allah?

Antara yang merangkul tarikan saya yang turut dinukilkan adalah hadith Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Al-Hakim,
"Barangsiapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah,maka Allah akan menyempurnakan hubungannya dengan manusia.Barangsiapa memperbaiki apa yang dirahsiakan (taqwa),maka Allah akan memperbaiki apa yang dilahirkannya."

Akhir bicara,dalam meneruskan pelayaran dalam bahtera kehidupan ni,seringkali kita dirempuh badai yang melanda.Namun disebalik hujan yang menggusarkan,ada pelangi yang indah.Hanya kepada-Nya sepenuh pengharapan dan pergantungan.

Ya Allah Ya Muqit,Ya Allah Yang Maha Pemberi Kekuatan,kurniakanlah kami kekuatan...

Thursday, May 7, 2009

KU DAMBAKAN KASIHMU~

Hati ini merintih hiba
Acap kali pabila mengenangkanmu
Daku sebak
Sukar dimengertikan dengan bait kata
Walau daku tak pernah ketemu denganmu
Jiwa ini makin cinta kepadamu
Ya RASULULLAH….

Engkau junjungan mulia utusan Yang Esa
Ketabahanmu memancarkan sinar Islam
Cintamu kepada umat ini tak tergambar
Liku-liku kehidupan dirimu tempuh dengan tegar
Waima ranjau berduri terhambur
Dirimu hadapi tanpa sekelumit resah
Gema perjuangan teguh dipalu

Tidak luput dari kotak benakku
Kisah tatkala dirimu tika ajal datang menjemput
Begitu gusar dirimu
Mengenangkan nasib umatmu tercinta
“Ummati,Ummati,Ummati”
Kasih kepada umatmu
Persis seluas lautan dirimu hamparkan
Namun bagai setitis embun daku balaskan

Sungguh
Rinduku padamu sudah tidak tertahan
Namun ku malu melantunkan cintaku padamu
Dek alpanya diri ini beramal dengan sunnahmu
Dek jahilnya menyulusuri sirahmu
Kerna lesunya diri ini menjulang panji kebenaran yang diwariskan
Gusar diriku
Apakah punya ruang bertemu denganmu di akhirat kelak
Sedang diriku lemas terpalit noda dan dosa
Ya ALLAH
Izinkan daku bertemu kekasih Mu di syurga abadi…..

Atikah_mujahidah
10 april 09

Saturday, April 11, 2009

DI MANAKAH KITA?

“Sebelum akak pergi ni,satu yang betul-betul nak pesan,masa jadi student ni,belajarlah ilmu spiritual. Sambil belajar ilmu medic ni,belajar jugak ilmu agama ni.”
“Seriously akak cakap,kalau tak ada pegangan dan pengharapan betul-betul pada Allah,mesti tak akan sanggup teruskan nanti.Especially masa nak exam,rasa macam nak pergi tingkat 14 kat PPUM tu…”

Itu pesan buddy yang baru habis peperiksaan akhir sebagai pelajar perubatan dan insyaallah beberapa minggu lagi bakal bergelar doktor semasa kami berjumpa sebelum dia berangkat pulang bagi menumpahkan jasa di negeri kelahiran tercinta.
“Jika ALLAH menolong kamu maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu,tetapi jika ALLAH membiarkan kamu(tidak member pertolongan)maka siapa yang dapat menolongmu setelah itu?Karena itu hendaklah kepada ALLAH sahaja orang-orang mukmin bertawakal.”
(ALI-IMRAN:160)
Besarnya pengharapan seorang hamba kepada pemilik sekalian alam ini,yang acap kali semakin terasa ketika diri diuji,terasa lemah dan berhadapan situasi yang benar-benar membuatkan kita berasakan,KERDILNYA DIRI INI.


Dalam satu kajian oleh seorang angkasawan dari NASA,tenaga yang diperlukan bagi menghasilkan satu atom besi (Fe) tidak akan terjangkau walaupun dengan jumlah tenaga yang ada pada matahari. Sepertimana yang kita sedia maklum,matahari merupakan salah satu sumber utama tenaga bagi sistem suria ini. Jika dibandingkan bumi dengan matahari,betapa bumi lebih kerdil daripada matahari.
Dalam satu kajian lain,dengan diameter yang sama,bebenang yang terdapat pada sarang labah-labah jauh lebih kuat daripada besi. Perhatikan firman ALLAH ini:
“Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung selain ALLAH adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah,sekiranya mereka mengetahui.”
(AL-`ANKABUT:41)


Nah,sudah terang ALLAH menyatakan rumah labah-labah yang paling lemah dan kalau diperhatikan waima dengan tiupan angin sahaja boleh memusnahkannya.
“Perumpamaan-perumpamaan ini Kami buat untuk manusia; dan tidak ada yang akan memahaminya kecuali mereka yang berilmu.”
(AL-`ANKABUT:43)
Berdasarkan hujah di atas,secara matematikalnya,dapat disimpulkan:

BUMI < MATAHARI < BESI(Fe) < SARANG LABAH-LABAH(rumah paling lemah)

Jika dibandingkan pula,kita,sebagai MANUSIA yang hidup di muka bumi ini, DI MANA PULA LETAKNYA??? Subhanallah,betapa KERDILnya diri ini,betapa LEMAHnya hambaMu ini…..

Monday, March 23, 2009

RAHSIA DI SEBALIK DEMAM

Hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?

Hakikat Demam..

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :"Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu anha dari Nabi Sallallahu alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :"Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Muslim)

Dalam kitab Umdah Al-Qari menyebutkan bahawa panas yang lahir dari tubuh orang yang demam itu adalah secebis daripada kepanasan api neraka. Allah telah menzahirkannya pada diri orang yang demam itu dengan sebab-sebab yang tertentu agar dia mengambil iktibar daripadanya, sebagaimana Allah telah menzahirkan berbagai jenis kegembiraan dan kenikmatan yang berasal dari nikmat-nikmat syurga untuk menjadi pengajaran dan petunjuk baginya.Sebahagian ulama berpendapat bahawa apa yang dimaksudkan dengan kepanasan api neraka di sini ialah satu perumpamaan antara panas orang yang demam dengan panas api neraka sebagai peringatan kepada diri manusia betapa panasnya api neraka. Namun pendapat ini disanggah oleh Ath-Thayyibi dengan mengatakan bahawa ia tidak sesuai untuk dijadikan sebagai perumpamaan, bahkan demam itu memang lahir atau berasal dari kepanasan api neraka sedari mula atau sebahagian dari hembusan api neraka.Adapun maksud "mendinginkannya dengan air" itu menurut Ibnu Al-Ambari ialah bersedekah dengan air, kerana ada riwayat mengatakan bahawa sedekah yang paling afdhal itu ialah memberi minum air.

Mengeluh Dan Mengadu Kerana Demam.

Memang tidak dinafikan bahawa ada setengah orang mengeluh kerana demam atau mengerang kerana kesakitan.. Apakah perbuatan ini diharuskan dalam agama?Sebenarnya kita tidak dilarang untuk mengadu atau mengeluhkan kesakitan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Apa yang dilarang ialah kita mengeluh dan mengadukannya kepada orang lain sesama manusia. Nabi Shallallahu alaihi wasallam sendiri, para sahabat dan pengikut-pengikut mereka, pernah mengadukan kesakitan mereka.

Diriwayatkan bahawa Al-Hasan Al-Bashri sewaktu sahabat-sahabatnya datang ke rumahnya, mereka menemuinya sedang mengadukan sakit giginya kepada Allah Subhanahu Wa Taala dengan berkata yang ertinya :Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada (yang lain) yang mengasihani.Adapun yang dimaksudkan dengan larangan mengadukan kesakitan kepada sesama manusia itu ialah mengadukannya dengan cara merasa jemu dan benci dengan penyakit itu. Akan tetapi jika seseorang itu memberitahu atau menceritakan penyakitnya kepada kawan-kawannya supaya mereka dapat mendoakannya sembuh, maka dalam hal ini tidaklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika seseorang itu mengeluh kerana sakit, tetapi keluhannya itu boleh mendatangkan kerehatan kepadanya atau boleh meredakan kesakitannya, maka tidaklah juga menjadi apa-apa.

Al-Quran ada menceritakan tentang kesabaran Nabi Ayyub Alaihissalam dalam menempuhi segala penderitaan. Di antara penderitaan yang Nabi Ayyub alami ialah berpenyakit gatal. Penyakit gatal ini sangat dahsyat. Apabila digaru dengan kuku, maka kuku baginda akan tanggal, tetapi masih juga bertambah gatal. Kemudian baginda terpaksa menggarunya dengan barang yang kesat. Tidak cukup dengan itu, baginda menggaru badannya dengan pecahan periuk danakhirnya dengan batu. Namun masih juga merasa gatal. Sehingga dengan tidak disedarinya dagingnya telah luka dan koyak. Maka keluar dari tubuh baginda yang luka itu, nanah yang baunya sangat busuk. Orang ramai yang tinggal di sekitarnya tidak tahan dengan bau busuk itu, lalu mereka keluarkan Nabi Ayyub dari negeri tempat tinggalnya ke tempat terpencil. Semua orangmemencilkannya kecuali isterinya yang merawatnya.Nabi Ayyub tidak pernah mengeluh dengan apa yang menimpanya, bahkan dia bersifat sabar dan tahan menderita. Apa yang dilakukannya hanyalah bermohon kepada Allah agar mengasihaninya. Cubalah kita perhatikan permohonan Nabi Ayyub yang disebutkan di dalam Al-Quran :

Tafsirnya : "Dan Nabi Ayyub, ketika dia berdoa merayu Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku disentuh (ditimpa) penyakit, sedang Engkaulah saja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani". (Surah Al-Anbiya¡¦: 83)



Jika kita perhatikan kalimat-kalimat yang disebut oleh Nabi Ayyub Alaihissalam dalam ayat ini, alangkah halusnya budi bahasa baginda dalam rayuannya kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Baginda menyebut "aku disentuh" dan tidak menyebut perkataan "aku ditimpa". Di sini menggambarkan bahawa celaka itu sendiri yang datang menyentuh dirinya. Nabi Ayyub tidak menyebut juga "atas kehendakMu", kerana kesopanannya yang sangat tinggi terhadap AllahSubhanahu Wa Taala. Selepas itu, rayuan baginda disudahi dengan kata-kata yang halus juga iaitu: "Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani".Pada suku kata pertama, Nabi Ayyub mengadukan perasaannya yang dapat menimbulkan rasa kasihan dan pada suku kata kedua disebutkannya sifat Allah yang lebih pengasih daripada sesiapa jua pun yang pengasih. Hanya inilah permohonan Nabi Ayyub kepada Allah. Dia tidak merungut dan mengeluh, apatah lagi menyesali apa yang telah berlaku. Dia cuma memohon belas kasihan daripada Allah Subhanahu Wa Taala.Inilah satu kisah yang patut kita ambil iktibar, pengajaran dan contoh tauladan daripadanya. Walaupun Nabi Ayyub telah ditimpa penyakit, harta bendanya punah-ranah, anak-anaknya ditimpa malang dan mati semuanya, tetapi berkat sabarnya dan imannya, Allah Subhanahu Wa Taala telah mengabulkan doa dan rayuannya, lalu dia pun sembuh seperti sediakala dan berkembanglah keturunannya serta dikurniakan harta benda yang melimpah ruah.

Mencaci-maki Demam.

Selaku seorang muslim yang beriman, sepatutnya memiliki sifat sabar dan tidak mengeluh apabila ditimpa demam. Orang yang tidak mempunyai sifat sabar semasa ditimpa demam, mungkin tidak akan dapat mengawal dirinya dari mencaci maki penyakit ini, sedangkan kita dilarang berbuat demikian oleh Nabi Sallallahu alaihi wasallam.

Ini bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Jabir Radhiallahu anhu yang maksudnya :"Bahawasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam telah berkunjung ke rumah Ummu Saib atau Ummu Musayyib, lalu Baginda bersabda:"Apa halnya engkau wahai Ummu Saib atau Ummu Musayyib menggigil?Dia menjawab: "Demam, semoga Allah tidak memberikan berkat kepadanya".Nabi Sallallahu alaihi wasallam bersabda: "Jangan engkau memaki penyakit demam, kerana dia menghilangkan kesalahan Bani Adam (manusia) sebagaimanalandasan (tukang besi) menghilangkan kotoran (karat) besi".(Hadith Riwayat Muslim)



Begitulah, segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar menempuhinya.Demam Penebus Dosa.Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati.Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir Radhiallahu anhu yang disebutkan sebelum ini, mempunyai maksud yang sama. Jelasnya, kedua-dua hadith ini menerangkan bahawa demam yang menimpa seseorang itu boleh menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu.

Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan