Monday, October 12, 2009

[Syafiah]: What Type of Doctor?

Dingin sungguh rasanya pagi itu. Rona langit yang makin kelam memungkinkan seketika lagi bumi ini akan basah. Tepat jam 8.30 pagi, Syafiah bingkas bangun dan bergegas keluar dari biliknya, janjinya bersama Ain mahu ke wad pagi itu.

“Ya Allah, permudahkan urusanku pada hari ini. Bukakanlah pintu hatiku untuk menerima ilmumu dan bantulah aku untuk beramal dengannya,” lirih hati Syafiah.

Setibanya di wad, Syafiah dan Ain terus sahaja ke buku pendaftaran pesakit. “Hmm, ramai jugak pesakit baru masuk. Eh, patient katil 5 yang ni macam ada kes menarik, jom kita clerk, Syafiah,” Ain mengajak Syafiah. Syafiah mengangguk, tanda setuju.

“Good morning, doctor. How are you today?” ramah sahaja seorang wanita India lingkungan awal 50-an menegur.
“Alhamdulillah, I`m fine. How are you auntie? Getting better today?” Syafiah membalas sapaan wanita di katil 5 itu.
“Today, ok la. Tapi esok saya nak kena bedah, tak tahu ok lagi tak. Ini kali yang ke lima tau.”

Alhamdulillah, mudah sahaja Syafiah dan Ain bertanya soalan mengenai penyakit auntie ini. Namun, mereka lebih gemar bertanya dengan lebih santai, tidaklah nanti pesakit akan kebosanan dan mengiyakan sahaja apa sahaja yang ditanya. Sesekali mereka tersenyum mendengar auntie ini bercerita.

“Ha, saya dah banyak kali sangat masuk hospital. This is my second home you know. You all ni medical student kan? Ni saya mahu pesan sedikit. Be a nice doctor. Saya cukup menyampah bila ada doctor datang tapi muka macam sial.”

Gulp! Berderau juga darah Syafiah mendengar kata-kata auntie ini. “Err, kenapa ya auntie cakap macam tu?”

“Yela, mana tidaknya, datang-datang muka tak senyum langsung. Tanya soalan tak pandang pun muka, lepas itu sentuh sini, sentuh sana, terus pergi. Bila ditanya, yang dengar ‘Ehmm..’ je,” marah benar nampaknya auntie ini.

“You all must know how to communicate nicely. Sebenarnya bagi kami, doktor ni macam ‘angel’. Kami serahkan diri kami, sebab kami percaya pada doktor. Tapi ada je sesetengahnya tengok kami pun sebelah mata je. Tengok kami ni macam ada AIDS. One more thing, don’t forget to touch the patient, feel empathy for what they have suffered.”

“Macam kamu 2 orang ni, boleh jadi macam Charlie’s Angel. Cuma yang itu 3 orang lah. Kalau ada doktor yang datang senyum, tanya khabar baik-baik, sakit kami ni boleh jadi ringan. Cuba bayangkan kamu di tempat pesakit.”

“You must know, the important thing is peri..kemanusiaan. You must be a good doctor,ok?”

“Hopefully,”cepat sahaja Syafiah menjawab.

“No! Not hopefully, you must think positive. Say, ’Yes,I will’” auntie ini cuba membetulkan.

Syafiah tersenyum, menyedari secara tidak langsung dia tidak optimistik, “ Insyaallah, I will.”

“Kamu mesti belajar rajin-rajin. Ingat jasa ibu ayah. Yang pertama, Tuhan. Yang kedua mesti ingat pada ibu ayah yang besarkan kita. Jangan hampakan harapan mereka. Kamu juga ada tanggungjawab pada masyarakat.”

Syafiah cuba merenung jauh butir-butir nasihat itu. Walaupun mungkin aqidah mereka tidak sama, ada sesuatu yang terungkap di sebaliknya. Sesuatu yang kadang kala sukar dimengertikan walaupun oleh mereka yang bertauhidkan Allah. Menjadikan Tuhan itu sebagai yang pertama dan semestinya yang terutama. Bagaimana juga pentingnya Habluminallah (hubungan dengan Allah) dan Hablumminnas (hubungan sesame manusia) itu. Bukankah itu asas dalam Islam itu sendiri? Subhanallah, Maha Suci Allah. Kau aturkan perantara hambamu walau tidak seaqidah denganku untuk direnungkan dan mengingatkanku amanah yang tergalas ini.

“Ok auntie, thanks a lot. Good luck for your operation tomorrow ya.”
“Ok sayang. Wish you all become good doctor.”

No comments:

Post a Comment